Assalamualaikum wbt :)
kita punya rasa
hingga lupa rasa hati mereka
manusia, lumrahnya mudah lupa
bila hilang berganti tiada
meratap menangis mencari
ada didepan mata
tidak dipeduli
lagi ego dijunjung tinggi
saat berlalu mahu pergi
lelah mengejar tak berkedip mata mencari
agar tak lepas pandangan
si cinta hati
Tuhan tahu rasa hati
Tuhan mahu kita mengerti
apa dia cuba beri
apa dia mahu kita pelajari
hidup tak semudah abc
kata berdiri atas kaki sendiri
berlalu angin tiup bergetar kaki tahan diri
disetiap mula ada henti
Tuhan tahu bila waktunya
mahu dikejar terus berlari
mahu mengejar tiada berhenti
bila mengejar patah hati
terduduk di satu sudut terdiam sepi
hanya memerhati
bila mahu berhenti
pandanglah diri ini
Tuhan adil
tidak didunia diakhirat Dia beri
bersabarlah rasa hati
sungguh besar cinta illahi
sunggah mahal syurga Nya nanti
bersabarlah sebaik sabar
yang menyakiti, usah dibiar dilukai
angkat kaki berlalu pergi
agar dia tahu erti hargai
kau juga punya rasa, harga diri.
mampu untuk senyum kembali :D