Monday, August 25, 2014

terima

Assalamualaikum w.b.t :)

Currently Updating while laying on my bed, best feeling ever!

Alhamdulillah dapat tatap wajah mak ayah adik adik sekali lagi. Ingatkan dah tak balik sampai summer nanti tapi Allah itu sebaik baik perancang.

Hati rasa kehilangan, tak tahu nak describe macam mana. Dont even have the strength to smile tapi paksakan juga. Nak bercakap pun, Allah ja tahu susah dia macam mana.

Ramai yang cakap, atok dia je kan, napa sedih sgt. ya, atok. Tapi peranan dia lebih dr itu. Yang ajar aku anis dan Abg erti sabar dan kehidupan. Yang jaga kami adik beradik masa mak tgh cari kekuatan lepas arwah ayah meninggal 20tahun yang Lalu. Masa tu diri baru 3 tahun, abg 5 tahun and anis 3 bulan. Atok dgn wan jaga sampai kami sekolah baru hantar balik duduk dgn mak kt bangi. Now, u know why she mean everything to me.

Jujur diri belajar terima ketentuanNya. Ya, semua hidup merasa mati. Paling terkilan sebab tak dapat tatap wajah atok sebelum dikebumikan. Perasaan? Rasa macam atok masih ada, tahu atok dah hilang dari pandangan dan terkadang diri hidup dengan bayangan kenangan bersama atok untuk pujuk hati sendiri supaya jangan sedih.

Bila dapat tahu atok dah takda, masa tu around 7pagi, jam 530pagi Malaysia. Terkedu and menangis tak berhenti. Keliru nak buat apa, jadi terfikir nak balik sebab weekend. Alhamdulillah Rahman drove me to airport and faeza ezreen nabilah accompanied me. Kak dira was too kind and caring sebab call kan airasia utk tanya ttg ticket since less than 3hrs dah masa tu. Sampai airport dh nk dkt pukul 9 pagi Allah mudakan urusan then terus masuk dlm flight and depart couple minutes earlier than exact departure time, 10😁😱 best lah sebab balik Malaysia tapi at the same time, hati menangis sebab yang dicinta dah jauh tinggalkan kita. Tak duga diri ada kat Malaysia sekarang :')

Sampai je klia 2, trus lari cari pintu keluar. Syukur sbb kawan kawan sangat baik hati untuk tolong. Dengan yang nak tolong cari domestic ticket, yang dah sampai sepang tp terpaksa patah balik since dah ada kwn abg abg yg jemput and gave me a ride to Kedag. Alhamdulillah Allah sebaik baik perancang.

Rasa hati bagai dicucuk duri bila on the phone dgn mak soon after touched down, mak cakap kami baru habis selesai kebumi jenazah tok. Macam klia 2 tu ayah kita punya, jerit sambil nangis cakap yaAllah kenapa tak tungguuu. Akak baru touched down ni. How Do you feel bila semua orang ada utk penghormatan terkahir except u?  Kecewa. Tapi tak apa,ada hikmahnya.

Belajar Untuk terima cinta hatikita dah tak ada bukan senang. Kita kena hidup dengan fact tu. Untuk sepanjang hayat kita. Jadi, decided untuk bg diri 45hari nak nangis puas puas and lepas tu,kene move on pelan pelan. Cz i lived with her for 23yrs old, apa kau expect buat diri teruskan hidup tanpa dia untuk entahberapa tahun pula sampai gilirankita pergi?

Malam Tahlil kedua, masuk toilet rumah atok ternampak water hose yang atok salu guna. Aaargh menangis sbb ternampak bayangan atok terkial kial mandi kan diri sendiri and bila dia menggigil kesejukan. Terkilan. Banyak.benda terkilan sebenarnya sebab tak jaga atok sebaiknya masa diberi peluang. Masa kecik, tok tak pernah bg kita mandi air sejuk, dia akan jerang air panas dan campurkan dgn air sejuk smpai suan bru bg kita mandi. Tapi kita, biar ja dia kesejukan. Rindu masa terjatuh on the first time nk aandikan atok.tehehehe rindu nak tidur sebelah atok, tgk wajah comel atok, pakaikan bedak sikatkan rambut,pilih baju and matchingkan dengan kain dia. :')

menangis Teresak lepas tahlil bila masuk hilik solat nampak adik duduk atas wheelchair atok. Rindu teramat sangat sukar dibengung. Directly duduk n trua peluk wheelchair atok. Memori menggamit. Ternampak atok duduk atas wheelchair tu. Allah bg kita ubat hilang rindu mungkin :')

Kita Takkan pernah rasa kehilangan bila kita tak rasa dia dah pergi. Tapi kita rasa kekosongan bila hati kita tak rela dia pergi. Pandang serata merata dlm rumah atok, i couldnt found her anymore hence i told myself to be Independent lepas ni and terima hakikat she wasnt there anymore.

Mungkin Susah nk jumpa diakhirat sbb nana byk dosa..tp kita akan cuba jd hamba yang solehah inshaa Allah :'(

alfatihah Atok..i miss you..

Baru Balik dari kedah dan demam. Lethargic sbb  8hrsflight lps tu ke kedah dr kl then kedah to kl pulak dgn kereta :')

Hati ini mmg tak kuat. Terima kasih pada yang selalu call sbb risaukan kita, tp tk sempat nk jwb, terima kasih bykk, i heart you :') terima kasih kwn kwn yg tolong buat tahlil especially yg kt Adelaide and yg tolong solat jenazah ghaib,Amin and his kwn kwn kt AlAzhar, jazakallah :')

sekarang, rasa lebih selesa untuk menulis rather than bercakap dgn org. Nak ckp  dgn mak pn kena paksa diri haiyak. Inshaa Allah sooner I will be able to be talkactive balik.ngeh

" kite hanya cakap banyak bile kite happy "

Sedang belajar terima pemergiannya.

Friday, August 15, 2014

Berhenti

Assalamualaikum Wbt :)

Maka sampai disitu lah kisahnya, bilamana kita berhenti. Tiada lagi kita dan sebelumnya, episod baru maka mulalah ia.
Terasa lelah mengejar engkau yang tahu dirimu dikejar, penat maka aku berhenti. Bukan untuk menarik diri, hanya mahu memerhati. Biarkan masa berdetik, berlalu pergi, agar diri tahu erti hargai.
Sungguh tidak aku mahu kau mengerti, hanya cukup kau mengetahui, agar kau tidak bingung sendiri, tatkala aku diam membatu diri. Ada mungkin engkau akan perhati? atau hanya aku bermadah sendiri, tak meninggalkan erti.

Updating from Enfield Avenue, Blair Athol, SA.

Saturday, August 9, 2014

bicara

Assalamualaikum wbt :)

bicara kita tak sama
bila berkeluarga
bila bersahabat
bila bersama dia
bila bersendirian

bicara kita bernada
turun naik tinggi bergetar tak terkeluar suara pun ada.mwahaha

dan bila bicara
getarnya suara kita dapat diteka apa kita rasa
dan rasa itu tak pernah tipu apa dalam hati kita
apa bermain dalam kotak fikiran kita
selari sama serupa

dan ada kala ketika
lidah kita kelu
tak mampu bicara
bukan tak mahu
cuma tak mampu untuk simpul  manis kata
bukan sombong
cuma
entahlah kenapa.hewhew

dan kita, bukan introvert.
mungkinlah.hee

tapi emak kata
jika tak mampu ucap kata berilmu
dari bermadah kosong
diam itukan lebih manis?

:)

Thursday, August 7, 2014

Away

Assalamualaikum wbt :)

Salam Jumaah Mubarakah everyone. Have u recite surah Al-Kahfi? ;)

Jauh.
Jalan ini buat kita makin jauh, physically.
Jauh, buat hati ini makin rindu.
Rindu, buat kita terasa dekat.
Dekat, buat kita jadi kuat.


Yang jauh, bukan ku ingin menjauh
Yang dekat, bukan ku tak mahu melekat
Cara kita jalan kita
Tak pernah sama tak akan serupa

Senyum saja
Itu pilihan yang ada
Siapa kita cinta saja seadanya

Apa orang kata
Dengarkan saja biar habis di telinga
Muntahkan saja dengan linangan air mata
Mana tak tertahan
Rajinkan tangan menadah
Dia yang beri sesuatu
Dia yang letak kita di situasi itu
Tika buntu jangan lupa Dia
Tika senang tunduk pada Dia

Kelak kau rasa bahagia
Bahagianya kau kerana Dia
Sumber segala cinta

Mungkin kita terpisah jasad
Bukan lagi nyawa
Genggam erat tangan letak pada dada
Yakin, tunggu aku kembali, wahai cinta yang dicinta


"Belajar betul-betul, mak ayah dah tua..."


"Cinta ku pada mu"

Assalamualaikum wbt :)

Currently updating from my cute bedroom while struggling with super cold weather tonight; 2 Celc y'allsss :D



As humans, we are made to feel love and attachment towards others because its a part of human nature, dont chu deny it ;p falling in love sometimes make us feel like the whole world disappeared when we were together and I wondered, do you guys ever think of while we can feel this way about another human being, how often we ever felt the whole world disappear when we had a meeting with our Creator (while performing prayer for example)? Allahu Akbar. Hence, can we claim our love for Allah is greater than our love for His creations? Often we failed to remember that He love us unconditionally, always with us and give us blessings by surround us with people whom love us, instead we unwittingly turn to His creations into false idols of our heart. Remember that when Allah blesses us with someone that we love, Allah is the source of that blessing and we should make Him happy more often just as how He have always made us :')





No feeling is ever constant, hence doa lah selalu muga rasa sayang itu diberkati dan ditetapkan hati bahawa dikau untuk ku dan aku untuk mu :) 

Terbatas untukku selalu itu dan juga itu,
Cerewetku dan celotehku bisa menggugurkan iman juga sabarmu,
namun, kau tetap bertahan.

Hari ini, lama ku tunggu tak pernah penat ku bilang waktu mengira tarikh,
alhamdulillah its been a year.
Hanya kerana dengan izin Dia :)

Termenung aku sepi sendiri
Lama ku fikir
Pergilah wahai waktu
Cukup untuk aku merasa bahagia itu
Tanpa perlu risau engkau mengambilnya dariku
Berapa lama waktu, berapa hari ku denganmu,
Tidak sepenting semana aku simpan separuh hatiku untukmu. 

**August 7th, 2014**