Monday, November 24, 2014

I stand for me

Assalamualaikum Wbt :)

hi. Nama saya Nana (bukan nama sebenar). Disini (Adelaide) kawan kawan baru (kawan kawan uni) dan guru guru (lecturers) used to call me as Nur, especially Dr Alex Hariz, Mr David Cropley, Dr Robby Mckilliam, Assc Prof Jane, Dr Ming and opkoss lah Dr Duc Pham!hihi

Alhamdulillah Rezeki Allah ada di mana mana, siapa ja yg tahu?:) dulu zaman sekolah, teruk sgt malas nk p sekolah, syukurlah Allah bg jugak peluang masuk uni.hee

Tapi, I regret. Sbb tak guna peluang yg Allah bg tu betul betul. If someone can invent time machine, I will seriously be the first buyer!

Baiklah, nak tidur. Puas sakan menangis, sakit kepala sudah. Tidurlah. Esok dan esok kita pelru berjuang lagi. Wahai diri, bertahan lah selagi mampu.

Let see who will stick by my side thru up and down :)

Thursday, November 20, 2014

kita

Assalamualaikum Wb :)

hidup. Tak perlu kusut tak perlu kabut.
Mana tertulis untuk kita, akan menyapa jua.
Cuma bezanya, suka atau sebaliknya.
Takdir menyapa, suka,kita gembira.
Tak kena dihati, susah pula nak redha, lain lah jadinya.

Tapi acapkali diri
Lupa
Dah namanya insan, manusia.
Mudah lupa.
Pada Pencipta.
Susah senang darinya.
tapi Lagak kita
Seolah dunia kita punya.
Lupa kerdilnya diri pada Pencipta.

Sebab kita pendosa.
Mana bisa lari dari kekhilafan.
Mana mungkin hari sesempurna yang kita impikan.

Jari itu, lidah itu.
Saksi kita di akhirat.
Ampun beribu ampun.
Tak trhampar dek lautan luas nya dosa
Maka Belum rapat pejamnya mata
Maafkan, muga diampunkan, kita si pendosa.

Saturday, November 1, 2014

bila

Assalamualaikum wbt :)

I feel bad, I only write when I sad.

"demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian."

Allahu Allah.
Kehilangan mengajar diri perbaiki kelemahan agar tak dalam kerugian lagi.
Tak mampu move on lagi.
My nanny, masih teringat kat dia.
berat nya dada tanggung sebak sekat airmata.

Okay, tak puitis langsung. betul betul sedih ni -.-


Tuesday, October 14, 2014

Struggle

Assalamualaikum wbt :)

Time is a mystical illusion, it continually ticking. But as creation, we never really know when our time will stop ticking. Appreciate yourself, love your life. Don't be a jerk...instead be good to everyone :)



If nobody after you when you walk away, keep walking! chase your dream baby!

Monday, October 6, 2014

rasa

Assalamualaikum wbt :)

kita punya rasa
hingga lupa rasa hati mereka
manusia, lumrahnya mudah lupa

bila hilang berganti tiada
meratap menangis mencari

ada didepan mata
tidak dipeduli
lagi ego dijunjung tinggi

saat berlalu mahu pergi
lelah mengejar tak berkedip mata mencari
agar tak lepas pandangan
si cinta hati

Tuhan tahu rasa hati
Tuhan mahu kita mengerti
apa dia cuba beri
apa dia mahu kita pelajari
hidup tak semudah abc
kata berdiri atas kaki sendiri
berlalu angin tiup bergetar kaki tahan diri

disetiap mula ada henti
Tuhan tahu bila waktunya
mahu dikejar terus berlari
mahu mengejar tiada berhenti
bila mengejar patah hati
terduduk di satu sudut terdiam sepi
hanya memerhati
bila mahu berhenti
pandanglah diri ini

Tuhan adil
tidak didunia diakhirat Dia beri
bersabarlah rasa hati
sungguh besar cinta illahi
sunggah mahal syurga Nya nanti
bersabarlah sebaik sabar

yang menyakiti, usah dibiar dilukai
angkat kaki berlalu pergi
agar dia tahu erti hargai
kau juga punya rasa, harga diri.

mampu untuk senyum kembali :D

beri

Assalamualaikum wbt :)

Tuhan beri akal untuk berfikir
Tuhan beri Quran agar jd pedoman hidup
Tuhan beri janji
Berpeganglah pada Quran dan Hadis, inshaa Allah tidak akan tersesat.

Hanya kita perlu mencari
berdiri dan berlari
dekatkan diri dengan illahi

kita tersakiti
mencari manusia
lagi tercarit rasa hati
manusia tak mampu simpan janji
apalagi akur janji
hanya pandai menabur budi
menyemai bakti
bila tak mampu menahan diri
lari kita sendiri
hadap illahi

Pelangi

Assalamualaikum wbt :)

bila hati dan minda tak selari
sesaknya dada
hanya yg Illahi mengerti

susah untuk diungkap
lebih terseksa bila terungkap

pelangi petang hadirlah
lama tidak kutemu
indah pelangi ciptaan Illahi
mampu ubat duka dihati

Tahu seksanya jiwa bila memendam rasa
Rindu pada dia yang tidak mampu untuk bertemu lagi.
kirim doa pada pemilik segala cinta
muga kita berjumpa di syurga, aamiin